1. Terbuka kepada semua. Bawah 18 tahun perlu meminta kebenaran penjaga.
2. Pendaftaran hanya diterima melalui SMS dengan menaip DAFTAR ETUAH ke 33221. Yuran bulanan dikenakan RM0.50 sebulan dan anda boleh menamatkan keahlian dengan menaip OFF ETUAH ke 33221.
3. Semua servis melibat perkhidmatan SMS tertakluk kepada caj SMS. Sila rujuk pada tanda harga sebelum anda mendownload.
4. Dengan menjadi ahli, anda dengan ini tertakluk untuk menerima SMS berdasarkan Servis yang anda gunakan.
Portal ini disediakan oleh pihak kami – eTuah.Com. Anda adalah pengguna dan pengunjung kepada portal ini dan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang digariskan oleh pihak kami.
1. eTuah.Com menjamin kerahsiaan maklumat peribadi anda, terutamanya no telefon dan juga alamat e-mel anda. Kami tidak akan menyiarkan kedua-dua perkara tersebut, melainkan sekiranya diminta oleh anda. Namun begitu, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda sendiri secara sukarela, mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum di dalam portal eTuah.Com. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan maklumat yang anda hantarkan kepada laman web kami. Kami hanya menjamin keselamatan maklumat tersebut apabila ia selamat sampai kepada kami.
2. Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam portal eTuah.Com, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik eTuah.Com, melalui hakcipta yang dipegang oleh X-Wave Solutions Sdn. Bhd. Pihak kami tidak membenarkan sebarang penyiaran semula dalam apa jua bentuk, sama ada elektronik, bercetak, dan sebagainya, tanpa kebenaran yang perlu dipohon secara bertulis daripada pemegang hakcipta.
3. Segala sumbangan melalui borang elektronik, e-mel, pos, serahan dan lain-lain cara yang menunjukkan bahawa barang itu dikirimkan kepada pihak eTuah.Com adalah menjadi hakmilik eTuah.Com. Sumbangan ini yang berbentuk mesej, artikel, komen, panduan, karya, gambar dan lain-lain yang boleh menjadi input kepada portal eTuah.Com juga akan menjadi hakmilik eTuah.Com.
4. Tidak semua sumbangan daripada pengunjung portal ini akan dipaparkan di dalam eTuah.Com. Kami berhak untuk menyiarkan segala sumbangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan para pengguna internet di seluruh dunia. eTuah.Com juga berhak menerbitkan semula sumbangan tersebut di dalam bentuk percetakan, bahan pengiklanan, ataupun diserahkan kepada pihak luar yang telah diberikan kebenaran bagi menjalankan aktiviti bagi pihak eTuah.Com yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
5. Pihak eTuah.Com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini. Para pengguna portal eTuah.Com dinasihatkan merujuk kepada pakar yang bertauliah jika memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus seperti perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko.
6. Pengguna dan pengunjung portal eTuah.Com dilarang mengiklankan sebarang bentuk perkhidmatan atau produk yang ditawarkan dalam apa jua cara, melainkan telah mendapat kebenaran dari pihak eTuah.Com. Pihak eTuah.Com berhak untuk mengeluarkan sebarang iklan yang tiada kelulusan / keizinan dari portal ini tanpa sebarang notis.
7. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha atau peniaga (selepas ini disebut mereka) di ruangan Direktori Perkhidmatan adalah hanya dijalankan sebagai perkhidmatan maklumat sahaja, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pengiktirafan rasmi terhadap maklumat yang dipaparkan oleh mereka. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang ketidaklengkapan, ketidaksesuaian, kekurangan dan ketepatan maklumat yang dipaparkan oleh mereka. Walaubagaimanapun, anda boleh membuat aduan dengan memaklumkan kepada support@eTuah.Com bersertakan bukti yang kukuh. Pihak eTuah.Com akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya mendapati aduan tersebut adalah benar.
8. Pengguna dan pengunjung portal eTuah.Com TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI menggunakan portal eTuah.Com sebagai platform untuk menjalankan aktiviti atau kegiatan yang tidak bermoral serta menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Aktiviti tersebut, antaranya ialah menyentuh peribadi dan sensitiviti individu mahupun kelompok masyarakat, terutamanya Malaysia yang berbilang kaum, agama, kebudayaan dan cara hidup, menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perbuatan seperti mencuri masuk (hacking), (spamming), mengubah struktur fail dan kandungan serta menjalankan kegiatan perniagaan, pengiklanan tanpa keizinan rasmi daripada pihak penganjur portal eTuah.Com. Mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.
9. Pihak eTuah.Com berhak mengambil tindakan kepada anda sekiranya anda sebagai ahli atau pengunjung portal eTuah.Com ini gagal untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan ini.
10. Pihak eTuah.Com berhak meminda syarat-syarat dan peraturan ini dari masa ke semasa sekiranya perlu untuk memelihara hak sebagai penyedia perkidmatan rasmi portal eTuah.Com dan juga sebagai mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
