Not signed in (LOGIN)

Back to..
www.eTuah.com

Vanilla 1.1.4 is a product of Lussumo. More Information: Documentation, Community Support.

    • CommentAuthorsin_wau_e
    • CommentTimeFeb 9th 2009
     
    salam sume..
    sue masih baru di sini.ingin minta pendapat dan motivate u all ttg masalah sue ni..
    nape dorang suka cemburu dan busuk ati pada kita..?sedangkan sue ni bukan jenis suka kacau org pun..adakah salah kita..?
    kat tempat keja sue hari2 berhadapan dgn kata2 nista dan umpatan org pada sue..ntah la..sue pun x paham..
    nampak sgt mcm dorang x puas ati dgn apa yg sue miliki skrg..tp sume ni usaha sue sdri..mereka pun bole bjaya kalo mereka
    lebih usaha dr bercakap..
    harap teman2 forum dpt bantu sue..
    • CommentAuthorazura
    • CommentTimeFeb 9th 2009
     
    salam..
    hai sue..hurm..nampaknya macam ada konflik di sini..awk di jadikan topik utama di opis..mgkin ada sesuatu yg diowg2 tue nampak pada awk yg buat diowg xpuas hati..hurm pe kata awk brani kan diri awAk sikit n p tanya diowg2 tue ape problem diowg ngan awk..kot2 ada utang gaknye..huhuhu..pada saya situasi ini pernah berlaku dan masih berlaku pada saya tp saya dah malas nk pk sgt nt makan dalam plak..awak pun bwk2 bersabar jer bkan diowg2 yg byr gaji awk..wat kerja sendiri jer..
    • CommentAuthoriimah
    • CommentTimeFeb 9th 2009
     
    salam buat sdr blur...moga tabah mengharungi gelombang kehidupan...
    hidup tak lepas dari ujian kn...
    ujian mematangkn diri,mningkatkn ketaqwaan kita pada Allah swt...
    1001 perasaan yg bertamu terimalah ia dengan +ve w/pun tak mudah utk kita terima dengan perasaan +ve, itu lumrahh dan fitrah kan...apapun byk kn sabar...Insya Allah, akan ada kemanisan kemudiann hari....
    dekatkan diri dgn Yg Esa...
    org kata kalau kita ada masalah kita kna cari tempat utk luahkan masalah kita kn...rasanya forum mmg sesuai n ramai shabat2 yg sedia mendengar n membantu dari segi khidmat nasihat n buah fikiran yg bernas2...
    • CommentAuthorsin_wau_e
    • CommentTimeFeb 10th 2009
     
    hai azura..tima kasih atas nasihat.mmg itu pun yg sue praktik kan selama ni..tapi pada diorang selagi sue diam,lagi kuat diorang mengata..sampai satu tahap sue tpakse hantar surat resign sbb dah x tahan dgn mulut2 diorang,tp bos x benarkan sue resign.bos paham ini sume bukan masalah sue malah bos naik kan gaji lg..hehe..
    bos mtk sue bsabar dan ignore sj kata2 mrka..sbb bos tahu perangai staff2 dia mcm ne..hari2 sue tpakse bhadapan dgn kata2 -ve diorang.wp x amik port sgt..tp kdg2 tu melampau jg..shingga kan sue pregnant pun diorang boleh ckap kami laki bini dah xde keja lain..?sedang kan anak ke-2 sue dah 6 tahun..bukan nya sue branak stiap2 tahun pun..ish, x paham betul ngan perangai diorang tu..
    mmg tension giler kat opis..hgga kan HBP sue pun di tahap pengawasan..
    skrg ni sue cume buat keja sue je..pagi dtg keja sampai mase balik..x de kawan pun xpe dari ada pun myakit kan ati..
    xpe la..sue redha sj dgn kata2 diorang tu..smoga 1 hari nanti diorang akan sedar..
    • CommentAuthorblur
    • CommentTimeFeb 10th 2009
     
    thanks iimah, skgn u dan yg lain amat2 lah di alu2kan krn hidup ini perlukan pengorbanan tuk mnjadikan kehidupan kita lbh baik lagi di ms akan dtg...........
    • CommentAuthortransfer
    • CommentTimeFeb 11th 2009
     
    salam blur...
    tabahkan diri menghadapi segala dugaan...
    segala yang berlaku mematangkan kita dalam kehidupan...
    apa yang allah buat hari ini adalah terbaik untuk kita bukan untuk masa kini sahaja malah untuk masa akan datang. ..
    hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
    janganla blur berduka cita, kerana sabar terhadap hal yang tidak disukai dan kesusahan adalah jalan menuju kejayaan..
    berserahlah pada allah..
    semoga apa yang berlaku, meningkatkan lagi keimanan kepada allah..
    dalam hidup ini,kesedihan dan kegembiraan silih berganti..
    ceria2 selalu..kerana hidup ini sekejap je..
    jangan pandang belakang..pandanglah ke hadapan untuk terus berjaya..
    berjaya di dunia dan diakhirat..
    • CommentAuthoriimah
    • CommentTimeFeb 11th 2009
     
    hidup kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain...w/pun 'jumpa' hanya di forum ni tp hakikatnya kita bersaudara...saudara seagama...tiada pemberian yg terhebat melainkan sepotong doa dari sahabat utk sahabatnya...
    • CommentAuthor10838
    • CommentTimeFeb 12th 2009
     
    betu3..betul..(upin/ipin)..salam semua.. semoga saling berkongsi dan sokong menyokong!
    • CommentAuthorN.A.
    • CommentTimeFeb 12th 2009
     
    salam semua... mdh2an forum nie bri kebaikan pd kita sume...
    • CommentAuthor10838
    • CommentTimeFeb 12th 2009
     
    InsyaAllah..secara tidak langsung.
    • CommentAuthortransfer
    • CommentTimeFeb 14th 2009
     
    salam, ada sesiapa kat sini bekerja as a polis.saya betul2 tak faham dengan tunang saya. busy jer memanjang. sampaikan takde masa langsung dengan saya. sedih sangat, nak buat kerja pun takde mood..saya faham, memangla polis ni busy, tapi takkan la kerja sampai tak makan tak tido..dia selalu nak saya faham dia, tapi dia sendiri tak pernah faham perasaan saya. nthla, mungkin ni dah nasib saya.
    • CommentAuthor10838
    • CommentTimeFeb 14th 2009
     
    normal la transfer..memang mereka busy.. lagi2 kalau mereka ada outstation, ada masalah yg memerlukan mereka kerja tak kira masa..on call.. cth ader rusuhan kat perak..they need to standby..and whatsoever..sampaikan my friend tu until now she don't want married.. bf die understand..ok jer.
    • CommentAuthoriimah
    • CommentTimeFeb 15th 2009
     
    faham antara satu sama lain n tolak ansur tu perlu dlm melayari bahtera kehidupan...
    • CommentAuthorN.A
    • CommentTimeFeb 17th 2009
     
    polis ek..adk ipar sy poils gk..memg kje xtntu ms..byk2 sbr ek... biase la dlm ms btng ni la mcm2 dgaan...
    sbr byk2 ek..
    • CommentAuthormadu manis
    • CommentTimeFeb 18th 2009
     
    salam...

    nak minta pandangan semua...
    cerita-cerita atau pengalaman atau kenangan...

    sebagai isteri kedua...

    thanz...
  1.  
    assalamualaikum...
    sebelum itu biarlah saya menyatakan serba sedikit ttg background diri saya.saya merupakan bekas pelajar jurusan agama bermula ting 1 hingga ting 5.skrg saya berumur 26 thn dan sudah berkerja tetap.sesungguhnya saya menghadapi masalah yang amat besar.

    1) pada tahun 2005 saya telah berkenalan dengan A. perhubungan kami tidak direstui oleh ayah saya yang mahukan saya lelaki yang sekufu dgn saya memandangkan saya lulusan ijazah dan lelaki tersebut lulusan pmr. saya telah membawa A berjumpa dengan keluarga namun ayah sekeras- kerasnya tidak akan menerima A sbg menantu dan menasihati saya supaya jgn bertindak bodoh. ayah tidak tahu yang sebenarnya kami telah terlanjur. pada hujung tahun 2005 ayah telah meninggal dunia dan dalam wasiatnya ayah tidak mahu saya menikahi kekasih saya itu. saya sebenarnya sungguh sayangkan ayah dan semasa ayah meninggal saya tiada di sisinya kerana merajuk dan kebetulan saya berkerja di johor dan kampung di perlis. itulah pesanan akhir ayah pada saya iaitu jangan jadi bodoh untuk berkahwin dengan A kerana ayah dapat merasakan yang kami tidak akan bahagia.setelah berfikir panjang saya mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan A dan bertaubat nasuha di atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan. setelah itu saya menemui seorang lelaki yang baik dan mempunyai kelulusan yang sama serta saya yakin dia akan dapat membahagiakan saya iaitu N. Akhirnya kami berkahwin pada hujung tahun 2007 dengan penuh meriahnya.

    2) setelah berkahwin saya tidak mempunyai apa2 masalah besar dengan suami namun kesalahan dan dosa silam sentiasa membayangi saya dan sesungguhnya suami saya tidak mengetahui yang saya tidak lagi suci semasa beliau menikahi saya.apa yang saya takutkan apakah semua rahsia ini akan terbongkar biarpun saya sangat menyayangi suami dengan sepenuh hati. saya telah berusaha menjadi isteri yang solehah, menjaga aurat dan menunaikan seluruh kewajipan saya sebagai hamba Alllah. dengan erti kata lain saya telah bertaubat dengan sebenar- benar taubat tapi hati saya masih dibelenggu oleh dosa- dosa silam. kadang2 semasa tidur disebelah suami saya sentiasa menangis mengenangkan dosa2 saya yang terdahulu dan kadang2 suami menyedari perbuatan saya. suami sangat tahu yang saya amat menyayangi arwah ayah dan sentiasa merinduinya.itulah alasan saya setiap kali suami menyedari akan perlakuan saya yang selalu menangis itu.satu lagi sbb saya menangis adalah kerana tidak sempat memohon maaf kepada arwah ayah memandangkan arwah pergi dengan mengejut.

    3) tolonglah saya dr tuah dan teman2 sekalian.perlukah saya memberitahu suami kisah silam saya..dan apakah tanda2 sekiranya tuhan mengampunkan segala kesalahan yang terlalu besar itu.tolonglah saya....
    • CommentAuthorimans
    • CommentTimeFeb 26th 2009
     
    Waalaikumsalam wbt...Intan,
    Yang penting Intan dah bertaubat dan tidak mengulangi perkara tersebut kan.Allah swt Maha Pengampun...Insyaallah Dia akan mengampunkan.Dekatkanlah diri padaNya...rajin2lah baca Al-Quran.Kita akan lebih tenang.
    Pada pendapat saya...ada baiknya Intan x menceritakan pada suami Intan,kalau itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.Kalau dia suami yang baik...tentunya dia akan terima Intan seadanya.Banyak2kan berdoa semoga kebahagiaan rumahtangga Intan berpanjangan dan diberkati Allah swt.Dan banyak2kan berdoa untuk arwah ayah jugak.

    wassalam
    • CommentAuthortransfer
    • CommentTimeFeb 26th 2009
     
    w'salam intan..
    bersyukur kerana intan telah sedar kesilapan intan.. bagi pendapat saya, tak perlulah intan ceritakan masa lampau intan kepada suami,biarlah masa lampau intan pergi... jika diceritakan,mungkin suami akan rasa tertipu dan mungkin akan berlaku keretakan rumah tangga..di dalam islam sendiri, jika sesuatu perkara itu boleh mendatangkan keretakan rumah tangga, eloklah tidak diceritakan..lagipun intan telah bertaubat...berdoalah selalu mudah-mudahan rahsia intan dipelihara oleh Allah dan mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan intan..banyak-banyakkan sedekah al-fathihah untuk arwah ayah intan...
    • CommentAuthortransfer
    • CommentTimeFeb 27th 2009
     
    N.A...
    adik ipar awak keje polis bahagian ape?
    • CommentAuthorCtM@S
    • CommentTimeFeb 27th 2009
     
    assalamualaikum semua..
    ape yg patut sy buat skrg?
    1. kerja
    2.smbg blaja....tp kalu smbg blaja cmne nak tampung kos sumer??dulu nyer hutg ptptn pun merangkak lg nak byr.so mmg kalo bleh xnak amik loan lg.nak mtk abh plak mane ckp sbb abh kena tanggung 2 adk lg.(yg 1 skrg kat poli n mmg xamik any loan jz 'pama' loan). nak mtk kat adk beradk lain xelok plak cz mesti diorg pun ade komitmen lain kan..
    skrg ni sy xdpt keje lg lps abis kontrak jd cikgu sementara taun lps. so jz duk kat rmh tgu kot2 ad panggilan semula o dr tmpt lain.
    sy tau mesti ade yg cdg amik kos yg pjj tp kalo xde keje ttp camner nak amik pjj?n almost kos pjj yg offer is not my interest.
    sy ad dip dlm bidang berkaitan kesihatan.
    • CommentAuthoryanz161
    • CommentTimeFeb 27th 2009
     
    salam...
    tertarik dgn masalah sue, jika kite di phk yg bnar jgn rsau, dan kene ingt x sume org suke kat kite..pe pn kite kn hdp bermasyarakat, then kite akn jmpe mcm2 ragam manusia..sy rase di mane2 opis pn ade masalh sebegitu..cume mybe keadaan berbeza2.
    di opis sy misalnye sy dan kwn2 tlh 'pulaukan' seorg, sy gelar sbgai K kerana tdak gemar ngn sikapnye...keputusan memulau dibuat stlah 1 sesi perjumpaan dibuat tuk menasihat kwn tersebut, tp dia stil tak nak berubah..niat kitorg menegur tlh disalah ertikan oleh K dan dia menganggap kami cemburu, suke menyibuk dan sengaja memburukkan K..
    dan skrg nie kelihatan seolah2 kami semua yg bersalah kerana mencampuri urusan K sedangkn kami berniat baik...
    kpd sue cube tanye n selidik kwn2 kenape diorg buat camtu, mybe diorg berniat baik...tp kalu sue takde wat ape2 kesilapan then jgn takut utk katakan sue tak bersalah k
    • CommentAuthortransfer
    • CommentTimeMar 4th 2009
     
    salam semua..
    hari ni saya gadoh teruk dengan tunang saya..saya buat dia marah..memang saya tahu silap saya tnya soklan yang tak sepatutnya saya tanya..saya tanya dia, awak ade orang lain ke?..tunang saya marah la sebab tak percaya kat dia..yela,kami berjauhan,dia kat sabah,saya kat semenanjung..kadang2 ade juga perasaan curiga..hari ni dah tiga hari dia tak angkat phone saya..saya dah tak tahu nak buat macam mane..kerja saya bertimbun-timbun tak buat lagi..saya tak bleh nak buat kerja sbab fikirkan dia...saya buntu sekarang...
    • CommentAuthorumaruddin
    • CommentTimeMar 5th 2009
     
    Assalamualaikum...
    Maaf lama dah saya tak ke sini.. saya tak tahu hujung pangkal.
    Cuma satu saja yg saya nak sarankan pada transfer.. nape nak berburuk sangka.. tu mainan dan bisikan syaitan yg timbulkan rasa was2. Lagipun kan apa yg terlintas di benak kan sebahagain dari doa.. Dibuatnya apa yg terlintas tu dimakbulkan.. Nauzubillah
    • CommentAuthorblur
    • CommentTimeMar 10th 2009
     
    manusia akan berasa buntu jika ader mslah...tp tu normal la. tp klu smpi x leh nk wat keje mmg jd x normal la.....bila brjauhan camni mgkn akan timbul prsaan buruk sgka....tp sbnrnya tu sume hasutan setan je....da tu cube u pkr lik, knp u all brtng sblm ni??? bukan ke krn u all sling mnyayangi dan mpercayai antara satu sama lain?? dan bakal berumahtangga kelak....sy cuma syorkan la bhw u all kene prasangka baik dan yakin iaitu perkara yg baik akan dibalas ngn baik dan perkara yg x baik akan dibalas x baik gak....so moral of the story is bila u setia ngn dia, maka yakinlah bhwa tunang u pun akan berkelakuan sama cam u gak....jd u kene jaga diri baik2 la.....krn jika u da wat yg trbaik maka ensure that u sntiasa ambil berat ngn tunang u dan slalu engage ngn die melalui tel atau sms, so die akan tau yg u mmg amk brt ttg die. dan jika ada rezki u berkhwin ngn die nt, make sure isteri u akan bkerja di semenanjung krn isteri kene ikut suami dan tugas u lak kat sini kene usaha carikan kerja untuk isteri u nt atau klu u mampu suh die dok rmh jd surirmh spnh masa je....

    tu je kot idea sy pd ms ni....ade byk tp da mlm, so nxt time kite share sesama eh....sy prcaya kgkwn lain pun de idea gak....

    huarghh....salamzzz....
    • CommentAuthormiss fiz
    • CommentTimeMar 17th 2009
     
    salam...kepada transfer,mmg kalo tanya soklan2 camtu,nahas la jwbnye..huhuhu...sepatutnya kalo nk tanya sgt,seblom betunang dulu kot rasenye,erm..ye la,selagi belum berkahwin,jgn bagi ati sepenuhnya kat tunang tu..sebab baru betunang,belom tentu kawen nnt..so jgn pecaya penuh,simpan skit sbb nnt x menonggeng sgt bila frust..well,manusia cepat berubah..kalo x pecaya sgt pon,xleh,simpan skit jugak..jgn terlalu buruk sangka..kite perlu berbaik sangka DAN berhati2..

    apa2 hal pon,istikharah penting...slagi dia blom kawen ngan kita,jgn beharap sgt yg dia akan menjadi kepunyaan kita.kita hanya merancang,ALLAH yang menentukan...cemburu tu perlu jugak,tp jangan smpai keterlaluan..curiga pon camtu...pendek kata,bersederhanalah dlm setiap perkara...

    jgn smpai perkara2 camni buleh buat kita hilang mood nk buat ibadah..sbb itulah perlunya 'bersederhana' dlm segala hal...semoga kalian semua dirahmati ALLAH hendaknya..
    • CommentAuthoriimah
    • CommentTimeMar 18th 2009
     
    atikel utk kongsi bsaama...

    Erti Cinta & Perkahwinan

    Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

    pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

    guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.

    pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

    guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

    pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

    gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

    dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

    guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

    pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

    maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

    pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

    maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

    tamat....

    Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .
    • CommentAuthormilani
    • CommentTimeApr 13th 2009
     
    salam..aii sume...masa bercinta mmg sume ye indah...ada yang bercinta berthun2 lma ye tp bila dh khwin hnya sekejap je..nape ek?? kadg2 sy rasa takut utk berkwin dan melalui alam rumahtangga nie...bukan apa susah rasa ye utk mencari lelaki yg benar2 ikhlas n jujur dlm perhhubungan pada msa skrg nie...benar ke???
  2.  
    apa bezanya forum nie dgn forum Dr Tuah tu??
    • CommentAuthormgb
    • CommentTimeAug 12th 2009
     
    salam perkenalan..boleh join huhu..